Hati...


Bila hati menghadap Allah, baru ku sedar ada kelemahan...
Terasa kerdil berbanding yang Esa. Terharu dan terfikir, betapa agungnya....Allah.

Islamic Widget

Wednesday, March 6, 2013

Fikir sebelum tulis...

Assalamualaikum readers...apa kbr korang semua? harap sihat walafiat hendaknya...
kita di kecohkan dengan isu pencerobohan pihak musuh keatas negeri tercinta saya ini...ia berkenaan tuntutan keatas negeri kami ini milik mereka...
Bukan sahaja kekecohan berlaku di daerah tersebut dan beberapa daerah lain, tetapi juga 'perang mulut' dan 'perang siber' mengambil alih... laman2 sosial menjadi medan tempur bagi 'keyboard2 warrior'...saya sekadar menjadi pemerhati dan menganalisa kesahihan maklumat2 tersebut.
betapa mudahnya kita menutur kata dan menunding jadi menyalahkan sesuatu pihak tanpa usul periksa. laman sosial menjadi medium untuk memecah belahkan keamanan yang sudah lama kita kecapi. saya faham, kita mempunyai hak untuk bersuara dan menegakkan pendapat. namun, sekiranya apa yang kita ucapkan hanya mendatangkan rasa tidak puas hati sesuatu pihak dan menyebabkan pergaduhan yang lebih besar, saya rasa ia sangat tidak berbaloi... ini bukan masanya kita menunding jari, mencari salah siapa.
isu anggota keselamatan yang menjadi korban juga menjadi isu besar yang di politikkan. saya tidak rasa, hal ini harus di persoalkan. kita harus mengambil kira sensitiviti dan perasaan keluarga mereka. ini bukan gurauan...saya juga faham, kerana saya juga  anak dan kakak kepada anggota keselamatan..
saya tahu, mungkin ada di kalangan kita tidak suka dengan anggota keselamatan, di sebabkan mereka pernah bertemu dengan anggota keselamatan yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan tugas.saya akui, mereka wujud dalam institusi tersebut.tp, percaya la, sesungguhnya hidup mereka tidak aman dan keluarga porak peranda. saya melihat nya dengan mata kepala saya sendiri.itu balasan Allah pada mereka.
jadi, selayaknya, kita jangan mengambil tindakan melulu dan sesuka hati mengecam semua anggota keselamatan. 'Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'.. tidak adil bagi mereka di adili sedemikian rupa. Keikhlasan dalam menjalankan tugas, hanya mereka dan Allah la juga yang mengetahuinya...
Sedihnya dalam isu pencerobohan ini melibatkan orang2 yang beragama Islam...sepertinya memerangi sesama agama. dan membuatkan kita berfikir, siapa benar, siapa salah...masing2 claim, mereka di pihak yang benar...Astaghfirullah...Allahuakbar!.. betul2 buntu memikirnya...semoga masalah ini dapat di selesaikan dengan cepat dan aman, tanpa menumpahkan lagi darah di bumi yang aman ini...aminn...

No comments:

Post a Comment