Hati...


Bila hati menghadap Allah, baru ku sedar ada kelemahan...
Terasa kerdil berbanding yang Esa. Terharu dan terfikir, betapa agungnya....Allah.

Islamic Widget

Friday, August 7, 2009

Cinta...

cinta itu umpama bumi dan rembulan...sentiasa berteman, saling memerlukan dikala kegelapan menyelimuti malam yang amat sepi.Namun di kala siangnya, terlindunglah rembulan kerana terangnya matahari..itulah ujian cinta kepada si bumi, jika cinta si bumi ikhlas sejati ia takkan sesekali terpesona dengan keindahan di siang hari, sebaliknya merindui keheningan malam bersama rembulan itu.
Tetapi sekiranya cinta si bumi itu hanyalah suatu sandiwara pura2, maka di kala siang hari ia tenggelam mengejar keindahan mentari. dan apabila kegelapan malam tiba, dikala itu jika ia amat memerlukan cahaya, ia berpura2 setia kepada rembulan itu.
Alangkah kejinya cinta sebegitu..kerana cinta sejati haruslah saling melengkapi, saling memahami dan saling memaafi jika terukir sesuatu luka....kerana insan di dunia ini tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan lupa...

No comments:

Post a Comment