mereka berjaya kerana mereka yakin dengan minat dan usaha...saya ingin menceritakan tentang kejayaan seorang sahabat yg saya segani, sejak dr sekolah lg. dia seorang pelajar lelaki yang agak kelihatan matang dari usianya..kami sama2 belajar di sekolah menengah..memang saya tak rapat pn dengan dia..cuma pernah satu kelas masa tingkatan 2. dia tergolong dalam pelajar yang bijak...masa PMR, klu x clap dia dapat 8A 1B..saya just 7A 2B..time tu, rekod kat skolah kami rmai student dpt 9A, 8A n 7A... masa SPM pulak,dia dapat 9A klu tak silap..mmg mengejutkan kawan2 la..sbb, kalau time percubaan, xde plak dia kena target banyak dapat A..
SPM saya, jgn crita la...cukup2 makan jer...hehe..masa kat sekolah dulu, dia sangat aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah..kecuali sukan..haha. klu tak silap, pernah jadi penolong ketua pelajar..mmg dia lebih matang dari kami la..tu la ramai tak suka dia..haha..biasala manusia ni, sape yg baik tu, mesti kita x suka kn??..haha
kemudian, kami sama2 melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA,PJ pd thn 2005...dia masuk 1st intake.. saya ni just second intake..hehe..dia belajar dalam jurusan Engineering..masa tu, saya masih lagi berani bertegur sapa dengan dia..ye la, sama2 dari Sabah kn..hehe
actually, dia bkn org Sabah pn..mmg pure Semenanjung..mgkn time form 1 jer dia pndh ke Sabah dan sekolah sama dengan saya.. dia masuk awal ke main campus sebab dia start level tinggi dlm EPT(english placement test)..klu tak silap, level 5...saya just start level 3.. mmg dasar tak pandai english...haha..dia habiskan matrikulasi dalam masa setahun setengah..mana kala saya, 2 tahun... bila dah masuk main campus, saya dh jarang ternampak dia..kalau saya ternampak pn, mesti saya tak tegur...segan la saya.. muka dia pn,bkn main garang lg..dia pn xnak tegur saya..macam tak kenal ni...malas la saya nk terhegeh plak tegur dia...haha..
time saya thn ketiga, saya dgr berita dia nk kahwin..ngan bdk UIA jgk..sama2 aktif dengan dia dalam persatuan... alhamdulillah, jodoh dia sampai awal..tp saya tak dapat pergi time tu..coz saya sangat cbuk dengan assignment dan group project.. just kawan2 skolah yg pergi...
saya cerita tentang dia ni bkn apa, saya dh 2 kali terbaca cerita tentang dia dan team nya yang berjaya dalam business dalam usia yang sangat muda..artikel tntg syarikatnya pernah keluar dalam surat khabar tempatan..saya ni mmg tiap pagi akan baca berita online..tiba2 terpandang gambar yang saya sangat kenal.. sah, mmg dia..atrikel tu menyiarkan tentang usaha anak muda yang gigih membentuk syarikat dan menjayakan business walaupn masih belajar..sedangkan, mereka berada dlam bidang yang berlainan di universiti.. dan baru sebentar tadi saya terpandang video dari youtube, yang di siarkan dalam satu segment disalah sebuat stesen televisyen tempatan.. dia di jemput bersama sahabatnya membincangkan usaha yang telah dijalankan bersama2 temannya sehingga berjaya menubuhkan syarikat d usia yang muda..
saya sangat kagum dengan dia..hehe..kagum diam2 jer..hehe..tapi sya percaya, apa yang dia uasahakan, adalah dengan penuh minat dan ikhlas dalam hati..serta benar berserah kepada ALLAH dalam apa jua yg d usahakannya..
kini dia sdh mempunyai sebuah syarikat dan keluarga yg bahagia..dia juga di kurniakan seorang anak perempuan...sama2 kami graduate tahun ni..hehe..semoga kejayaan dia memberi inspirasi pada saya dan jugak readers di luar sana..
"kejayaan amat pahit untuk dicapai, tetapi akan manis setelah di kecapi"
No comments:
Post a Comment